ISAZALY.WhatsApp
← Kembali ke Blog

Pascapenerbitan

Gen AI Video: Pembikin Filem vs Hobbyists

Diterbitkan: 29 Okt 2026•Oleh Tc. Isazaly Isa
▾

Gen AI Video: Pembikin Filem vs Hobbyists

Korang perasan tak, kebelakangan ni asyik-asyik AI, AI, AI. Dari gambar ke teks, dari teks ke audio, sampailah sekarang ni, AI dah boleh buat video! Pehal ni? Ini bukan main-main punya cerita tau. Dengan kemunculan teknologi Generative AI (Gen AI) Video, ramai yang dah mula garu kepala. Ada yang teruja, ada yang takut, ada yang rasa macam, "Hmm, boleh pakai ke ni?"

Sebagai orang yang dah lama bergelumang dalam dunia pasca penerbitan filem, TV, dan OTT, saya sendiri pun terkejut-terkejut juga dengan kelajuan perkembangan teknologi ni. Tapi, macam biasalah, setiap teknologi baru ni ada dua sisi mata wang. Hari ni, jom kita bincangkan pasal Gen AI Video ni, dan macam mana ia dilihat dari dua sudut pandang berbeza: Pembikin Filem Profesional dan Hobbyist atau si kaki content yang santai-santai.


Apa Itu Gen AI Video Ni Sebenarnya?

Sebelum kita melangkah lebih jauh, kita kena faham dulu, apa benda Gen AI Video ni sebenarnya? Secara ringkasnya, bayangkan korang ada satu "kotak ajaib." Korang bisikkan arahan kat kotak tu, atau tunjuk gambar, atau tunjuk video, dan poof! Kotak tu akan keluarkan video baru yang belum pernah wujud sebelum ni.

Teknologi ni guna model AI yang dilatih dengan beribu-ribu, berjuta-juta video dan gambar. Jadi, bila korang bagi "prompt" (arahan dalam bentuk teks), AI tu akan cuba "faham" apa yang korang nak, dan jana video berdasarkan kefahaman dia. Macam magik kan? Nama-nama macam RunwayML, Pika Labs,Seedance dan banyak lagi yang tidak tersebut dan yang paling hangat diperkatakan sekarang, Higgsfield, adalah antara pemain utama dalam gelanggang ni. Hasilnya? Kadang-kadang dahsyat gila, kadang-kadang masih ada AI slop (terma AI tak sempurna).


Untuk Sang 'Pro' (Pembikin Filem Profesional): Kesenian vs. Kecekapan

Bagi pembikin filem, pengarah, atau pakar pasca penerbitan yang dah lama makan garam, Gen AI Video ni ibarat "double-edge sword"(pedang bermata dua). Ada potensi untuk memudahkan kerja, tapi ada juga kerisauan yang membimbangkan.

Kelebihan Menggoda

  • Ideation & Pra-Visualisasi (Pre-Viz) Pantas: Bayangkan korang ada satu idea gila dalam kepala. Nak cerita kat team, takut tak sampai. Dengan Gen AI, korang boleh "prompt" je apa yang korang nak, dan boom! Video kasar yang boleh bagi gambaran awal dah ada. Ini macam "sketchbook digital" yang boleh bergerak. Sangat berguna untuk storyboarding atau animatic awal, lagi-lagi kalau nak present idea kat klien atau penerbit. Ramai pembikin filem Malaysia dan mula menggunakan teknik ini dan saya sendiri dan lihat (dan guna!). Jimat masa briefing berjam-jam yang kadang-kadang tiada kesudahan!
  • Penjimatan Kos Untuk Projek Bajet Rendah: Untuk babak-babak tertentu yang tak perlukan kualiti Hollywood, Gen AI boleh jadi penyelamat. Contohnya, B-roll yang generik, latar belakang yang bergerak (tanpa pelakon), atau visual effects (VFX) yang ringkas. Daripada nak sewa crew, peralatan, set, mungkin boleh jimat sikit di sini. Tapi kena ingat, "sikit" je lah.
  • Mempercepatkan Tugas Rutin & Bosan: Ada bahagian video yang agak berulang atau memerlukan banyak variasi kecil? AI boleh bantu jana. Contohnya, pelbagai sudut kamera untuk satu babak yang sama, atau mencipta elemen background filler tanpa perlu shooting. Ini boleh kurangkan post-production workload dan fokus pada kerja-kerja yang lebih penting. Dah ada teknik shoot 1 camera-angle dan AI boleh jana beberapa camera-angle yang lain dengan sempurna! Yang ni memang saya tak boleh "brain"!

Cabaran Yang Menggerunkan

  • Kawalan Kreatif & "Sentuhan Manusia": Ini yang paling ditakuti. Apabila AI yang menjana, adakah kita masih ada full creative control? AI buat keputusan berdasarkan data yang dia dah belajar, bukan berdasarkan visi artistik unik seorang manusia. Hasilnya mungkin nampak cantik, tapi adakah ia ada "jiwa"? Macam makan masakan ibu vs. makan masakan robot – mana lebih sedap?
  • Kualiti & Konsistensi (Uncanny Valley): Walaupun AI dah makin canggih, masih ada isu continuity dan consistency, terutamanya untuk karakter atau objek yang bergerak. Kadang-kadang tangan jadi enam jari, kadang-kadang muka bertukar kejap. Ini yang kita panggil Uncanny Valley – nampak macam manusia, tapi ada sesuatu yang tak kena, buat kita rasa seram sejuk. Untuk filem profesional, attention to detail adalah segala-galanya.
  • Hak Cipta (Intellectual Property) & Etika: Data apa yang AI tu guna untuk belajar? Kalau guna content yang berhak cipta, siapa yang bertanggungjawab? Adakah hasil video yang dijana AI tu kita punya sepenuhnya? Isu ni masih kelabu asap dan sedang hangat diperdebatkan dalam industri. Ini boleh jadi mimpi ngeri bagi pengeluar filem dan TV.
  • Kehilangan 'Craft' & Kemahiran: Kalau semua benda AI buat, apa jadi dengan kemahiran cinematography, editing, VFX artistry, atau sound design? Adakah kita akan jadi sekadar prompt engineer? Ini kerisauan yang real bagi ramai penggiat industri.
  • Isu Job Displacement: Walaupun belum sepenuhnya, tapi ada kerisauan Gen AI akan menggantikan beberapa posisi dalam industri. Namun, ini lebih kepada evolusi, bukan penghapusan total.

Untuk Sang 'Santai' (Hobbyist & Content Creator): Mainan Baru Yang Menarik

Berbeza pula dengan pembikin filem profesional, golongan hobbyist, content creator, atau mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pembikinan video, melihat Gen AI sebagai satu pintu gerbang ke alam baru yang sangat menarik.

Dunia Baru Untuk Mereka

  • Aksesibiliti Tanpa Batas: Nak buat video tapi tak ada kamera mahal, tak ada lighting kit, tak ada crew? Tak ada masalah! Dengan Gen AI, korang hanya perlukan komputer dan idea. Semua orang boleh jadi "pengarah" atau "VFX artist" dari rumah. Ini sangat mendemokrasikan proses pembikinan video.
  • Eksperimentasi Tanpa Risiko: Nak cuba idea gila-gila yang mustahil dilakukan di dunia nyata? Flying cars, talking robots, time travel? Semuanya boleh dicuba dengan Gen AI tanpa perlu risau pasal kos atau keselamatan. Ini macam sandbox game untuk content creator.
  • Pembelajaran Pantas: Dengan melihat hasil Gen AI, hobbyist boleh belajar bagaimana elemen visual dan naratif bersatu. Ia boleh jadi alat pembelajaran yang hebat untuk memahami visual storytelling tanpa perlu menghabiskan masa berjam-jam untuk shooting atau editing.
  • Kos Rendah atau Percuma: Banyak platform Gen AI menawarkan versi percuma atau dengan kos yang sangat rendah. Ini sesuai sangat untuk mereka yang bajetnya ciput atau nak buat content untuk suka-suka je.

Hadnya Tetap Ada

  • Kualiti Tidak Setanding Pro: Walaupun dah mantap, hasil Gen AI untuk hobbyist (terutamanya versi percuma) masih jauh beza dengan kualiti feature film atau TV series yang dihasilkan secara tradisional. Visual fidelity masih ada ruang untuk diperbaiki.
  • Risiko Content Generik: Kalau semua orang pakai prompt yang lebih kurang sama, hasil video pun mungkin nampak sama. Mana originality? Mana uniqueness? Ini boleh buat content korang tenggelam dalam lautan video yang serupa.
  • Kurang 'Soul' & Identiti: Macam yang pro cakap, hasil AI kadang-kadang kurang "jiwa." Ia mungkin tak dapat sampaikan emosi atau identiti yang kuat macam video yang dibuat dengan human touch yang mendalam.
  • Show Me, Don't Tell Me: Terlalu berjela-jela dialog sehinggakan kalau anda tutup VISUAL dan dengar setiap dialog yang dicakapkan oleh watak-watak yang dijana menggunakan AI, anda dah boleh tahu jalan cerita - baik dengar drama radio! Adakalanya, maksud yang tersirat tidak perlu diperkatakan dalam bentuk dialog; cukup sekadar berikan reaksi atau emosi.

    Contoh - Seorang watak AI tersentuh besi yang merah menyala dan berasap, (korang NAMPAK benda tu panas kan?), tak perlu lah lepas tersentuh besi panas itu, kemudian terjerit "Aduh!! Panasnya besi ini. Sampai lecur tangan aku!" Cukup lah sekadar REAKSI watak itu sahaja. Penonton anda adalah orang yang bijak. Ingat itu


Adakah Gen AI Video Akan Menggantikan Kita Semua?

Ini soalan sejuta dolar. Pendapat peribadi saya, dan ramai pakar lain, adalah TIDAK, ia tidak akan menggantikan kita sepenuhnya. Sebaliknya, ia akan menjadi alat (tool) baru yang akan mengubah cara kita bekerja.

Ingat tak masa calculator mula-mula keluar? Orang takut ahli matematik akan hilang kerja. Tapi tak pun, calculator cuma bantu kerja mereka jadi lebih efisien. Sama juga macam Photoshop dan fotografi. Photoshop tak hapuskan jurugambar, malah buka peluang untuk digital art dan photo manipulation yang baru.

Gen AI Video akan mendorong kita untuk belajar kemahiran baru, contohnya prompt engineering (macam mana nak bagi arahan yang paling tepat kat AI), dan jadi AI supervisor. Ia akan membebaskan masa kita dari tugas-tugas yang membosankan, supaya kita boleh fokus pada apa yang paling penting: penceritaan, emosi, dan inovasi yang hanya boleh datang dari kreativiti manusia.


Kesimpulan: Embrace It, Don't Fight It!

Gen AI Video ni adalah realiti yang tak boleh kita elak. Bagi pembikin filem profesional, ia adalah satu peluang untuk eksperimen, percepatkan workflow, dan jimat kos, dengan syarat mereka masih mengekalkan kawalan kreatif dan integriti seni. Bagi hobbyist dan content creator, ia adalah medan permainan baru yang sangat accessible untuk mengekspresikan diri tanpa had peralatan.

Pada akhirnya, ia bukan soal AI vs. Manusia, tapi AI + Manusia. Teknologi ini adalah pemangkin. Sama ada kita nak gunakan ia untuk kebaikan, untuk mencipta sesuatu yang lebih hebat, atau kita nak biar ia mengawal kita – pilihan di tangan kita.

Kepada hobbyists Gen AI, teruskan berkarya tapi jangan lupa fahamkan visual storytelling - SHOW ME, DON'T TELL ME.

Nota: Filem "6 Jilake" arahan Aziz M. Osman, ada menggunakan beberapa syot AI, tetapi tak ramai yang tahu, sebab tim kami nak penonton terhibur dan tak nak hilang apa yang dipanggil sebagai "movie magic experience". Kalau semua ahli silap mata dah beritahu rahsia silap mata itu, penonton tidak akan terhibur lagi, betul tak?